Posts

Showing posts from October, 2018

RUMAH MAMPU MILIK SEBENARNYA HANYA MAMPU BERANGAN

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Menterinya memaklumkan sebanyak RM22.5 Billion nilai rumah tidak terjual, ini termasuk 73% peratus untuk rumah yang dikategorikan ‘Mampu Milik’ iaitu berharga RM250 ribu sebuah. Persoalannya, adakah rumah yang dikatakan ‘Mampu Milik’ itu benar-benar mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia terutama yang menetap dan bekerja di Kuala Lumpur dan bandar besar lainnya? Halangan pertama bagi bakal pembeli rumah ‘Mampu Milik’ pekerja swasta adalah mendapatkan pinjaman dari institusi perbankan.   Pinjaman RM230 ribu memerlukan sukurang-kurangnya pendapatan kasar RM2500 sebulan. Pinjaman tersebut adalah 90% dari harga rumah termasuk bayaran lain diperlukan seperti insuran dan kos guaman. Dengan rumah berharga RM250 ribu, ini bermakna pembeli perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM30 ribu bagi 10% baki harga rumah serta bayaran peguam, SNP dan cukai lainnya. Pinjaman ini belum tentu berjaya sekiranya bank mendapati pendapat...