Peminjam PTPTN tidak perlu bayar balik pinjaman
Peminjam PTPTN tidak perlu bayar balik pinjaman. Ya, memang betul apa yang anda baca, anda tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN. Inilah sepatutnya diterapkan dalam fikiran pelajar sejak dari awal mereka menjejakkan kaki ke Menara Gading iaitu tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN yang mereka ambil. Mengapa pula boleh terjadi begini? walhal setiap pinjaman mestilah dibayar balik. Mudah sahaja, ambil peluang dan kesempatan yang ditawarkan. Caranya ialah belajar bersungguh-sungguh untuk lulus cemerlang mendapat kelas pertama agar pinjaman tersebut dilupuskan. Bukankah ini satu yang bijak, ianya bukanlah terhad kepada sesuatu bangsa sahaja tetapi terbuka kepada semua bangsa yang membuat pinjaman PTPTN. Kalaulah semua pelajar Universiti berfikiran seperti ini, tidak lah kecoh sekarang ini liat untuk membayar balik pinjaman. Peluang telah diberi sama rata, malah bangsa melayu lebih mendapat keistimewaan dari bangsa asing tetapi mengapa semasa di universi...