Posts

Durian Musang King Pt.1

Image
 Pt.1 PENDAHULUAN 1. Setelah lama saya fikirkan mencari satu tajuk untuk saya menulis, akhirnya sewaktu memandu seorang diri dari Manjung Perak ke Kuala Pilah NS, ilham secara tiba-tiba menjelma untuk saya kongsikan sedikit pengalaman berkecimpung dalam tanaman Durian Musang King dan durian klon yang lain  2. Semoga sedikit pengalaman yang ada dapat saya kongsikan agar menjadi panduan kepada yang ingin menceburi tanaman Musang King secara skala kecil dan sederhana besar. 3. Saya bukan pakar durian jauh sekali sebagai sifu, pengalaman selama 2 tahun mengerjakan tanah bagi tanaman durian seorang diri cukup untuk saya kongsikan dengan pembaca. 4. Sebagai seorang yang bukan berlatar belakang seorang petani banyak kesilapan telah saya lakukan sewaktu mula menceburi bidang pertanian ini. KESILAPAN ini yang ingin saya TEKANKAN dalam tulisan saya agar tidak diulangi kepada yang ingin menceburi bidang ini kelak. 5. Disamping itu, saya menyahut seruan Tun M, otak hendaklah sentiasa dila...

Musang King Raub

 1. Heboh satu Malaya bersorak sakan bila pokok durian Musang King (MK) di Raub Pahang ditebang oleh agensi berkaitan dengan alasan ianya ditanam secara haram sejak lebih 10 tahun lalu. 2. Setelah 10 tahun baru diambil tindakan, secara puratanya pokok MK berbuah pada usia 5 tahun ini bermakna penanam haram telah mendapat laba yang berlipat kali ganda sejak 5 tahun yang lalu. 3. Soalnya bukanlah penanam haram yang mengamuk dan pemimpin mereka mempertahankan tindakan penanam haram ini.  4. Kita kena salute pemimpin mereka ini kerana mempertahankan kebajikan anak buah mereka walaupun mereka sebagai penanam haram. Itulah tugas seorang pemimpin, malangnya pemimpin ini bukan dari bangsa melayu. 5. Dimana pula pemimpin melayu? Pemimpin di Pahang samada pemimpin politik, Menteri Besar dan ketua agensi kerajaan selama 10 tahun lalu? Semua ini melayu. 6. Ini lah persoalan yang hendak di kupas, majoriti yang bersorak sampai terlondeh kain ialah orang melayu, mengapa? Kerana penanam haram...

Pertanian sumber makanan dan kekayaan

 Pertanian sumber makanan dan kekayaan Ramai yang mengeluh dan putus harapan bila pandemic Covid 19 melanda dan LOCKDOWN di kuat kuasa, kes bunuh diri meningkat, rakyat tertekan, kebebasan disekat, pengganguran meningkat dan banyak perkara negatif berlaku. Adakah kita hanya berdiam diri hanya duduk dirumah sambil berdoa agar Covid berlalu pergi?... Saya diberhentikan kerja hampir setahun lalu semasa Covid 19 tengah hebat melanda negara. Alhamdulilah, saya tidak terkena kejutan budaya walaupun saya kehilangan belasan ribu ringgit setiap bulan dari gaji sebagai pengurus kanan di GLC. Saya bernasib baik kerana beringat semasa bekerja dahulu, lagi pun pencen kerajaan saya sebelum bekerja di GLC dulu cukup untuk makanan harian saya suami isteri. Anak-anak telah bekerja dan sudah ada keluarga masing-masing. Walaupun saya dan isteri dalam pertengahan usia 50 an. Saya juga bersyukur ada sedikit tanah peninggalan orang tua yang mana saya laburkan sedikit wang simpanan dengan tanaman pokok M...

INGIN BEKERJA 6

Jika anda seorang ahli sukan atau mempunyai susuk tubuh seorang atlit, anda mempunyai kelebihan untuk berjaya. Abg. Wan aktif bersukan sejak dibangku sekolah. Abg. Wan pelari pecut, wakil sekolah dalam bolasepak dan hoki. Tetapi Abg. Wan tidak boleh pergi jauh dalam sukan tersebut didalam TLDM, kerana ramai yang lebih hebat. Abg. Wan mudah menyesuaikan diri dalam semua acara sukan. Hanya dengan menonton sukan Kriket di kaca TV setiap hari semasa belajar di luar negera Abg. Wan sudah boleh menguasai sukan tersebut. Beberapa bulan tunjuk ajar dari jurulatih beepengalaman Abg. Wan telah mewakili TLDM seterusnya wakil Perak bawah umur 23 tahun seterusnya mewakili Angkatan Tentera. Abg. Wan bermain kriket mewakili TLDM hingga Abg. Wan bersara dalam perkhidmatan. Aktif dalam sukan menjadi merit yang tinggi untuk kenaikan pangkat. Kepada anda yang mempunyai bakat dalam sukan teruskan berlatih dengan gigih. Kerana sukan akan banyak membantu anda dalam kerjaya sebagai seora...

INGIN BEKERJA 5

Selesai latihan sebagai rekrut seterusnya latihan kepakaran di Lumut selama 6 bulan lagi. Semuanya percuma, gaji anda tidak terusik, gaji campur elaun melebihi RM2000 anda boleh simpan RM1000 sebulan setelah diberi kepada ibu bapa sekurangnya RM200 sebulan. Baru setahun anda dalam perkhidmatan sudah boleh menyimpan RM10,000. Ingat anda baru berusia 19 tahun Lulusan degree yg berusia 23 tahun, masih terkial-kial mencari kerja dan masih mengharapkan duit ibu bapa. Jangankan nak menyimpan seperti anda yang sudah ada RM10,000. Anda tentu sudah mula memikirkan untuk berkahwin walaupun belum mencecah usia 20 tahun. Mengapa tidak! anda teringin kahwin kerana rumah keluarga disediakan apartment 3 bilik lengkap dengan perabot, langsir, sofa, meja makan, katil tilam, bantal dan semua keperluan rumah yang lain dan ianya percuma ya percuma. Anda dan isteri hanya cuci kaki masuk rumah, sudah tentu isteri anda tersenyum sampai telinga dan anda juga tersenyum lebar malam nanti. Bersamb...

INGIN BEKERJA 4

6 bulan latihan rekrut di Tg. Pengelih Johor, tiba masanya untuk upacara tamat latihan. Keluarga anda pasti bangga dan teruja melihat anaknya segak berpakaian uniform No. 1 serba putih sebagai perajurit muda TLDM. anda akan diberi cuti sebelum melapor diri di Pusat Latihan KD PELANDOK di Lumut Perak. Lumut atau bandar terdekatnya Sri Manjung bukan seperti 30 tahun dahulu. Semuanya ada kecuali emak dan ayah sahaja. Di KD PELANDOK anda akan meneruskan latihan teori di dalam bilik darjah mengikut kepakaran yang anda pilih. Tempat tinggal bilik berkongsi 2 orang, makan minum, api air semuanya percuma untuk tempoh 6 bulan lagi. Anda sakit! jangan risau terdapat hospital Angkatan Tentera antara yang terbaik di Malaysia. Bukan anda sahaja dapat rawatan percuma, emak dan ayah juga layak menikmati kemudahan percuma ini. Beruntungnya emak dan ayah anda, hanya dengan kelulusan SPM anda sudah berjasa kepada kedua ibu bapa. Bukan itu sahaja, wang bulanan juga anda terlebih mamp...

INGIN BEKERJA 3

Kalau dirumah anda malas bangun pagi, malas kemas katil, malas bersenam, malas mengemas dan segala macam malas lagi. Percayalah semua kemalasan itu akan hilang disaat anda menjejakkan kaki di pusat latihan rekrut. Ianya adalah perubahan positif di dalam kehidupan anda. Disiplin diri dan berpasukan akan diterapkan ke atas diri anda. Anda cuma perlu cekal dan tabah untuk tempoh 6 bulan sahaja. Gaji dibayar penuh, makan tempat tinggal, uniform dàn banyak lagi di beri percuma. Apa ada dengan 6 bulan, celah gigi sahaja pejam celik anda sudah bergelar perajurit terlatih. Abg. Wan hadapi itu semua selama 2 tahun yer 2 tahun dalam usia 16 tahun setakat 6 bulan tu macam gigit semut saja. Bukan itu sahaja, ditambah lagi selama 9 bulan Abg. Wan menempuh latihan menjadi pegawai dlm usia 31 tahun. Kalau usia terlalu muda dan usia matang Abg. Wan boleh menghadapi segala kesukaran dalam latihan, mengapa tidak anda tenaga muda. Ayuh mulakan gerak berkhidmat untuk negara tercinta. ...