INGIN BEKERJA 3

Kalau dirumah anda malas bangun pagi, malas kemas katil, malas bersenam, malas mengemas dan segala macam malas lagi.

Percayalah semua kemalasan itu akan hilang disaat anda menjejakkan kaki di pusat latihan rekrut.

Ianya adalah perubahan positif di dalam kehidupan anda.

Disiplin diri dan berpasukan akan diterapkan ke atas diri anda.

Anda cuma perlu cekal dan tabah untuk tempoh 6 bulan sahaja. Gaji dibayar penuh, makan tempat tinggal, uniform dàn banyak lagi di beri percuma.

Apa ada dengan 6 bulan, celah gigi sahaja pejam celik anda sudah bergelar perajurit terlatih.

Abg. Wan hadapi itu semua selama 2 tahun yer 2 tahun dalam usia 16 tahun setakat 6 bulan tu macam gigit semut saja.

Bukan itu sahaja, ditambah lagi selama 9 bulan Abg. Wan menempuh latihan menjadi pegawai dlm usia 31 tahun.

Kalau usia terlalu muda dan usia matang Abg. Wan boleh menghadapi segala kesukaran dalam latihan, mengapa tidak anda tenaga muda.

Ayuh mulakan gerak berkhidmat untuk negara tercinta.

Bersambung....

Abg. Wan
Kg. Mampas Besar

Comments

Popular posts from this blog

Panduan untuk bakal dan pesara tentera mendapat pekerjaan

Pertanian sumber makanan dan kekayaan

Tanah kepada pemain bola tetapi kepada veteran tentera tinggal janji