Posts

Showing posts from May, 2020

INGIN BEKERJA 6

Jika anda seorang ahli sukan atau mempunyai susuk tubuh seorang atlit, anda mempunyai kelebihan untuk berjaya. Abg. Wan aktif bersukan sejak dibangku sekolah. Abg. Wan pelari pecut, wakil sekolah dalam bolasepak dan hoki. Tetapi Abg. Wan tidak boleh pergi jauh dalam sukan tersebut didalam TLDM, kerana ramai yang lebih hebat. Abg. Wan mudah menyesuaikan diri dalam semua acara sukan. Hanya dengan menonton sukan Kriket di kaca TV setiap hari semasa belajar di luar negera Abg. Wan sudah boleh menguasai sukan tersebut. Beberapa bulan tunjuk ajar dari jurulatih beepengalaman Abg. Wan telah mewakili TLDM seterusnya wakil Perak bawah umur 23 tahun seterusnya mewakili Angkatan Tentera. Abg. Wan bermain kriket mewakili TLDM hingga Abg. Wan bersara dalam perkhidmatan. Aktif dalam sukan menjadi merit yang tinggi untuk kenaikan pangkat. Kepada anda yang mempunyai bakat dalam sukan teruskan berlatih dengan gigih. Kerana sukan akan banyak membantu anda dalam kerjaya sebagai seora...

INGIN BEKERJA 5

Selesai latihan sebagai rekrut seterusnya latihan kepakaran di Lumut selama 6 bulan lagi. Semuanya percuma, gaji anda tidak terusik, gaji campur elaun melebihi RM2000 anda boleh simpan RM1000 sebulan setelah diberi kepada ibu bapa sekurangnya RM200 sebulan. Baru setahun anda dalam perkhidmatan sudah boleh menyimpan RM10,000. Ingat anda baru berusia 19 tahun Lulusan degree yg berusia 23 tahun, masih terkial-kial mencari kerja dan masih mengharapkan duit ibu bapa. Jangankan nak menyimpan seperti anda yang sudah ada RM10,000. Anda tentu sudah mula memikirkan untuk berkahwin walaupun belum mencecah usia 20 tahun. Mengapa tidak! anda teringin kahwin kerana rumah keluarga disediakan apartment 3 bilik lengkap dengan perabot, langsir, sofa, meja makan, katil tilam, bantal dan semua keperluan rumah yang lain dan ianya percuma ya percuma. Anda dan isteri hanya cuci kaki masuk rumah, sudah tentu isteri anda tersenyum sampai telinga dan anda juga tersenyum lebar malam nanti. Bersamb...

INGIN BEKERJA 4

6 bulan latihan rekrut di Tg. Pengelih Johor, tiba masanya untuk upacara tamat latihan. Keluarga anda pasti bangga dan teruja melihat anaknya segak berpakaian uniform No. 1 serba putih sebagai perajurit muda TLDM. anda akan diberi cuti sebelum melapor diri di Pusat Latihan KD PELANDOK di Lumut Perak. Lumut atau bandar terdekatnya Sri Manjung bukan seperti 30 tahun dahulu. Semuanya ada kecuali emak dan ayah sahaja. Di KD PELANDOK anda akan meneruskan latihan teori di dalam bilik darjah mengikut kepakaran yang anda pilih. Tempat tinggal bilik berkongsi 2 orang, makan minum, api air semuanya percuma untuk tempoh 6 bulan lagi. Anda sakit! jangan risau terdapat hospital Angkatan Tentera antara yang terbaik di Malaysia. Bukan anda sahaja dapat rawatan percuma, emak dan ayah juga layak menikmati kemudahan percuma ini. Beruntungnya emak dan ayah anda, hanya dengan kelulusan SPM anda sudah berjasa kepada kedua ibu bapa. Bukan itu sahaja, wang bulanan juga anda terlebih mamp...

INGIN BEKERJA 3

Kalau dirumah anda malas bangun pagi, malas kemas katil, malas bersenam, malas mengemas dan segala macam malas lagi. Percayalah semua kemalasan itu akan hilang disaat anda menjejakkan kaki di pusat latihan rekrut. Ianya adalah perubahan positif di dalam kehidupan anda. Disiplin diri dan berpasukan akan diterapkan ke atas diri anda. Anda cuma perlu cekal dan tabah untuk tempoh 6 bulan sahaja. Gaji dibayar penuh, makan tempat tinggal, uniform dàn banyak lagi di beri percuma. Apa ada dengan 6 bulan, celah gigi sahaja pejam celik anda sudah bergelar perajurit terlatih. Abg. Wan hadapi itu semua selama 2 tahun yer 2 tahun dalam usia 16 tahun setakat 6 bulan tu macam gigit semut saja. Bukan itu sahaja, ditambah lagi selama 9 bulan Abg. Wan menempuh latihan menjadi pegawai dlm usia 31 tahun. Kalau usia terlalu muda dan usia matang Abg. Wan boleh menghadapi segala kesukaran dalam latihan, mengapa tidak anda tenaga muda. Ayuh mulakan gerak berkhidmat untuk negara tercinta. ...

INGIN BEKERJA 2

Oleh kerana Abg. Wan mantan Pegawai Tentera Laut , Abg. Wan tumpukan penulisan ini lebih kepada TLDM. Abg. Wan bukan terus jadi pegawai, 14 tahun anggota biasa sebagai juruteknik Elektronik. Dalam tentera anggota biasa bukan pegawai di panggil Lain-Lain Pangkat (LLP). Tetapi di TLDM, setiap anggota LLP akan di tetapkan kepakaran masing-masing mengikut keputusan SPM atau aliran Diploma yang dimiliki. Bidang teknikal memerlukan keputusan SPM yang baik dalam matematik, sains dan english. Kepujian atau cemerlang adalah kelebihan. Jika anda mempunyai Diploma bidang teknikal, kerjaya sebagai juruteknik sudah terjamin. Selain juruteknik, terdapat banyak bidang yang menjamin selepas bersara kelak. Semua bidang tersebut telah diaturkan sehingga anda menjadi pakar. bermula selepas rekrut anda akan berterusan belajar sehingga anda menyandang pangkat tertinggi dalam LLP iaitu Pegawai Waren 1. Pelajaran adalah percuma hingga ke Master. Terpulang kepada anda samada bercita-cita ti...

INGIN BEKERJA 1

Tidak semua orang berjaya dalam pelajaran, ada setakat SPM atau Diploma. Ada yang sampai ke Degree atau Master tapi kurang hingga ke PHD. Jika anda hanya ada SPM atau Diploma anda boleh hidup senang dan terjamin. Asalkan sihat tubuh badan dan cekal. Tentera adalah kerjaya untuk anda. Tentera Laut dan Udara lebih memberi jaminan kerjaya yang cemerlang. Tentera Darat juga memadai jika tiada pilihan. Anda tidak perlu fikir pasal makan, tempat tinggal, bil api air ataupun kenderaan semasa bujang. Semua adalah percuma dan disediakan. Rumah keluarga amat selesa disediakan untuk yang berkahwin. Kesihatan anda sentiasa terjaga dan ianya percuma termasuk ibu bapa, isteri dan anak-anak anda semua. Peluang belajar hingga ke Master terbuka luas dan ianya percuma. Anda tidak perlu risau masa tua, pencen menanti hingga hujung nyawa, hanya berkhidmat 21 tahun sahaja. Bersambung...

JIMAT CERMAT

Jika pendapatan seisi keluarga anda melebihi RM5000 bukan bandar atau RM7000 dibandar, keluarga anda dikira senang. Anda perlu menyimpan tidak kurang RM1000 setiap bulan. Anda mampu memiliki rumah PRIMA 2 tingkat dengan harga RM200,000 bukan bandar atau RM250,000 apartment di bandar. Anda mampu beli kereta, tapi cukuplah beli kereta proton atau MYVI. Tidak perlu beli Honda, Toyota, Nissan, KIA apatah lagi BMW, Mercedes atau Audi. Hidup secara sederhana tidak perlu boros, menunjuk atau membazir. Beli perabut yang berkualiti, mahal sikit tapi tahan lama. Anda boleh guna hingga 15 ke 20 tahun atau lebih. Jangan beli yang murah, setiap 2 atau 3 tahun kena beli lain. Akhir sekali jangan lupa beri duit kepada ibu bapa anda walaupun mereka tidak memerlukan.