INGIN BEKERJA 2

Oleh kerana Abg. Wan mantan Pegawai Tentera Laut , Abg. Wan tumpukan penulisan ini lebih kepada TLDM.

Abg. Wan bukan terus jadi pegawai, 14 tahun anggota biasa sebagai juruteknik Elektronik.

Dalam tentera anggota biasa bukan pegawai di panggil Lain-Lain Pangkat (LLP).

Tetapi di TLDM, setiap anggota LLP akan di tetapkan kepakaran masing-masing mengikut keputusan SPM atau aliran Diploma yang dimiliki.

Bidang teknikal memerlukan keputusan SPM yang baik dalam matematik, sains dan english. Kepujian atau cemerlang adalah kelebihan.

Jika anda mempunyai Diploma bidang teknikal, kerjaya sebagai juruteknik sudah terjamin.

Selain juruteknik, terdapat banyak bidang yang menjamin selepas bersara kelak.

Semua bidang tersebut telah diaturkan sehingga anda menjadi pakar.

bermula selepas rekrut anda akan berterusan belajar sehingga anda menyandang pangkat tertinggi dalam LLP iaitu Pegawai Waren 1.

Pelajaran adalah percuma hingga ke Master. Terpulang kepada anda samada bercita-cita tinggi atau cukup sekadar dengan apa yang ada.

Bersambung....







Comments

Popular posts from this blog

Panduan untuk bakal dan pesara tentera mendapat pekerjaan

Pertanian sumber makanan dan kekayaan

Tanah kepada pemain bola tetapi kepada veteran tentera tinggal janji