Dilema Melayu 3
Diperhatikan kebelakangan ini ramai yang ingin jadi juara bangsa melayu dan agama Islam seolah-olah bangsa melayu dan agama Islam itu sudah dinafikan haknya. Tidak salah untuk menjuarai dan mempertahankan hak sedia ada tetapi biarlah secara berhemah dan mengikut undang-undang. Selain itu tidak perlu memaki hamun bangsa lain mahupun agama lain demi mempertahankan hak kita. Lebih malang apabila, perbuatan dan kata-kata kita tidak mencerminkan nilai seorang yang beradap tambahan lagi menunjukkan seolah-olah agama islam itu mengajar umatnya bersifat ganas dan tidak menghormati hak agama lain. Jangan kerana kita marahkan parti yang kita sokong kalah dalam PRU lepas, membuat kita seolah-olah hilang kewarasan dan pertimbangan. Muhasabah diri, hormat bangsa lain di bumi Malaysia ini, baru lah bangsa Melayu dan agama Islam itu dihormati dan dipandang tinggi. Tingkatkan taraf pendidikan, kukuhkan ekonomi, kuasai ilmu perniagaan, rajin berusaha, jangan ambil dan terima rasuah, Jangan merompak ha...