Coach Tan Cheng Hoe memang hebat
Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana apa yang akan saya tuliskan mengenai pasukan bolasepak negara bakal mengundang rasa tidak puas hati peminat sukan bolasepak tanahair dan pemain Malaysia.
Pembuka bicara, boleh saya katakan Malaysia memerlukan 20 tahun lagi untuk berada di dalam kelompok pasukan negara Asia.
Usai menonton perlawanan akhir AFF menentang Vietnam menyerlahkan pemain Malaysia masih belum matang, terlalu banyak kelemahan dan kesalahan budak sekolah dilakukan.
Disenaraikan kelemahan tersebut agar boleh diambil iktibar dan dibetulkan dari peringkat umur 6 tahun agar pemain peringkat umur ini tidak melakukan kesalahan serupa oleh 'pakcik' dan 'abang-abang' mereka yang bermain di liga Malaysia.
Skil individu
Tiada seorang pun pemain Malaysia mempunyai skil individu yang baik, takut untuk memegang bola lebih lama dan hantaran ke kawan yang ke 'laut'. Kawalan bola yang terlalu lemah dan 'first touch' jauh dari kaki.
Kelemahan ketara, mengelecek lawan selalu berakhir dengan kekecewaan.
IQ rendah
Maaf kata sekali lagi, saya berani katakan tahap IQ pemain Malaysia boleh dikategorikan rendah berdasarkan 'decision making' dilakukan walaupun tanpa tekanan. Kalau di dalam tekanan makin terselah kerendahan IQ mereka. Pihak berkaitan sila buat ujian IQ ke atas pemain Malaysia dan bandingkan dengan pemain Vietnam untuk membuktikan tuduhan saya salah.
Bentuk Fizikal
Sekitar tahun 70an pemain Vietnam mahupun Thailand saiz tubuh badan mereka lebih kurang saiz pemain Malaysia, tetapi sekarang pemain negara ini jauh lebih tinggi dan tegap dari pemain kita. Pihak berkaitan di dalam FAM perlu buat kajian sewajarnya agar 20 tahun akan datang bentuk fizikal pemain peringkat umur 6 tahun dari sekarang mempunyai bentuk badan yang sesuai untuk menjadi pemain bolasepak yang tegap.
Lembik
Pemain Malaysia lembik, mungkin juga ada kena mengena dengan bentuk badan yang kecil dan tidak lasak. Walaupun tidak diberi tekanan sudah tergolek, belum lagi diberi sedikit tekanan pihak lawan, pemain negara sudah berguling-guling.
Taktikal
Ada benar juga walaupun jurulatih bertaraf dunia seperti Pep Guardiola mahupun Didier Deschamps yang melatih, pasukan negara tidak akan kemana jika pemain sedia ada samada 'senior' mahupun pasukan peringkat umur masih mewakili negara. Sekurang-kurangnya negara tidak membazir wang mengambil jurulatih luar negara. Dicadangkan, lantiklah jurulatih berkelas 'A' untuk melatih adik-adik berumur 6 tahun dengan asas taktikal yang betul.
Anda boleh sahaja tidak bersetuju dengan pendapat saya. Anda boleh memuji melangit pecapaian skuad negara seperti ramai yang berbuat demikian setiap kali pasukan negara memenangi satu atau dua perlawanan. Hakikatnya, mutu pasukan bolasepak Malaysia tidak pernah meningkat, ini dapat dilihat dari 'ranking' dunia pasukan negara.
Akhir kalam, saya ingin belajar dari TCH bagaimana beliau boleh mengawal darah tinggi dan sakit jantung, kerana sewaktu menonton bolasepak negara bermain sudah buat saya sakit jantung dan tekanan darah semakin naik. Marah, geram dan kecewa selama 90 minit. TCH anda memang hebat kerana masih sihat walaupun terpaksa melatih dan menonton pemain-pemain sedia ada.
Atuk Wan Adam
Cyberjaya
15 Dis 18

Comments
Post a Comment