Posts

Showing posts from April, 2020

3 PERKARA

Abg Wan teringat satu hadis, 3 perkara amal yang tidak akan putus selepas mati. 1. Amal jariah 2. Anak yang soleh 3. Ilmu yang  memberi manfaat. Sudah tiba masanya Abg Wan mencurahkan ilmu kepada anak muda di kampung halaman Abg Wan sendiri dan juga kepada semua orang yang memerlukan. Abg . Wan terbaca satu artikel, tempat yang paling banyak tersimpan harta, bukan di bank atau di rumah orang terkaya di dunia tetapi di kubur. Kubur? Ye kubur, kerana disitulah semua ilmu-ilmu terkumpul yang tidak dikongsi dengan orang ramai. Jadi sebelum Abg Wan meninggal dunia, Abg Wan nak curahkan semua ilmu yang Abg . Wan dapat selama 40 tahun merantau. Abg . Wan Kg. Mampas  

KHUTBAH

Abg . Wan terfikir juga semalam, PKP ni solat jumaat tidak boleh diadakan, cuma solat Zohor di rumah. Setahu Abg. Wan sebelum PKP khutbah dan solat Jumaat di buat secara live di TV dan radio. (kalau salah bagitau yer sebab Abg. Wan kat masjid waktu tersebut ). Point Abg. Wan ialah, mengapa khutbah jumaat  tidak disampaikan pada hari Jumaat tersebut secara live juga waktu PKP ini. Khutbah Jumaat mengandungi banyak pengajaran dan nasihat berguna. Ibu-ibu masih boleh terus mendengar masa masak di dapur melalui radio. Abang-abang dan pakcik yang melahu kat rumah boleh lah duduk depan TV dengar khutbah secara live. Selepas habis khutbah bolehlah buat solat Zohor berjemaah di rumah ngan keluarga. Abg . Wan mohon maaf kalau dah ada khutbah ni di buat live masa PKP, sebab Abg. Wan dah lama tidak tengok TV. Abg . Wan suka membaca dari menonton. Abg . Wan Kg. Mampas Besar 

BUAT DUIT SEMASA PKP

Abg . Wan bagitau hari itu semasa PKP boleh buat duit melalui perniagaan online. Abg . Wan terfikir juga bagaimana pula golongan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  PKP sudah berlanjutan hampir satu bulan. Keperluan asas iaitu makanan wajib ada. Semasa hujung minggu lepas Abg. Wan membantu MP Kuala Pilah menyediakan bakalan makanan untuk yang memerlukan. Perhatian Abg. Wan makanan asas tersebut hanya cukup untuk 5 hari bagi 4 ahli keluarga sahaja. Ini bermakna untuk tempoh 3 minggu sebelumnya dan 2 minggu akan datang mereka dalam golongan susah ini tidak mempunyai keperluan asas iaitu makanan. Adalah tanggungjawab kita mengenal pasti golongan susah ini yang kita mungkin terlepas pandang dan salurkan nama mereka ke Pejabat Khidmat Parlimen Kuala Pilah di Melang. ( Tel. 064812568) Tuan puan kita mungkin cukup keperluan asas, tetapi mereka amat terkesan semasa PKP ini. Abg . Wan Kg. Mampas Besar

TIADA GELANDANGAN DI KUALA PILAH

Abg . Wan nak kongsi sedikit, di Kuala Pilah ni sukar juga nak tengok orang gelandangan atau homeless. Tetapi, banyak rumah yang kosong tiada penghuni. (Termasuk lah rumah Mertua Abg. Wan) Tanah kosong juga banyak ditumbuhi semak belukar. Banyak rumah kosong disewa kepada Indonesia, Bangla atau Nepal. Antara sebabnya kerana tanah adat, merantau mencari kerja dan tiada peluang pekerjaan di  Kuala Pilah. Rumah hanya ada penghuni semasa Hari Raya sahaja. Apa kata kalau kita buat kempen "Jom menetap di kampung" lepas Covid 19 nanti. Tapi sebelum tu ķena wujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan di Kuala Pilah. Abg . Wan Kg. Mampas Besar

KUALA PILAH TIDAK MEMBANGUN

Abg . Wan meninggalkan Kg. Mampas dan Kuala Pilah pada tahun 1981 bagi mencari rezeki. Mula bermusafir di Lumut Perak tahun 1983.  Lumut masa itu hanyalah pekan koboi, hanya deretan kedai makan tepi laut yang ada. Kalau hendak dibandingkan dengan Kuala Pilah pada masa itu memang lah jauh. Kuala Pilah lebih membangun. Pekan terdekat ialah Sitiawan, lebih kurang 12 km dari Lumut. Pekan Manjung belum wujud lagi. Abg . Wan terus menetap di sini dan membesarkan anak-anak hingga mereka bekerja. Setiap Hari Raya balik ke Kg. Mampas dan Terachi. Isteri Abg. Wan orang Terachi . Kini Abg. Wan kerap balik ke kampung dan Kuala Pilah. Kuala Pilah tidak banyak berubah seperti 40 tahun yang lalu juga. Giant dan Mc.D mungkin boleh dibanggakan sedikit . Walaupun kedai emas Kuala Pilah tetap seperti dulu. Manakala Manjung pula sudah jauh meninggalkan Kuala Pilah dari semua segi. Abg . Wan sudah rasa sesak tinggal di Manjung. Kemajuan di Manjung terlalu cepat. Kuala Pilah, Kg. Mampas, Terach...