KUALA PILAH TIDAK MEMBANGUN

Abg. Wan meninggalkan Kg. Mampas dan Kuala Pilah pada tahun 1981 bagi mencari rezeki.

Mula bermusafir di Lumut Perak tahun 1983.  Lumut masa itu hanyalah pekan koboi, hanya deretan kedai makan tepi laut yang ada.

Kalau hendak dibandingkan dengan Kuala Pilah pada masa itu memang lah jauh. Kuala Pilah lebih membangun.

Pekan terdekat ialah Sitiawan, lebih kurang 12 km dari Lumut. Pekan Manjung belum wujud lagi.

Abg. Wan terus menetap di sini dan membesarkan anak-anak hingga mereka bekerja.

Setiap Hari Raya balik ke Kg. Mampas dan Terachi. Isteri Abg. Wan orang Terachi.

Kini Abg. Wan kerap balik ke kampung dan Kuala Pilah. Kuala Pilah tidak banyak berubah seperti 40 tahun yang lalu juga.

Giant dan Mc.D mungkin boleh dibanggakan sedikit. Walaupun kedai emas Kuala Pilah tetap seperti dulu.

Manakala Manjung pula sudah jauh meninggalkan Kuala Pilah dari semua segi.

Abg. Wan sudah rasa sesak tinggal di Manjung. Kemajuan di Manjung terlalu cepat.

Kuala Pilah, Kg. Mampas, Terachi, Ulu Bendul, Kedai Kurong, Tanjong Ipoh dan Parit tetap seperti 40 tahun sewaktu Abg. Wan tinggal kan dulu.

Cuma Bukit Putus tiada kenderaan melaluinya lagi, sesekali Abg. Wan ikut jalan Bukit Putus untuk mengamit kenangan.

Dulu Abg. Wan selalu merungut, Kuala Pilah dan semua Kampung sekitarnya tidak membangun. Kini Abg. Wan mahukan Kuala Pilah dan suasana Kampung itu kekal seperti dulu.

Abg. Wan terasa muda setiap kali berada di Kampung, kenangan semasa kecil datang kembali setiap kali melintasi sungai ke Kg. Mampas tempat berkubang selepas sekolah dulu.

Tidak nampak anak-anak Kampung melakukan aktiviti itu lagi. Tiada lagi anak-anak bermain bola dicelah pokok getah.

Abg. Wan sudah kembali ke Kampung, ingin berbakti dibumi tumpah darah Abg. Wan.

Abg. Wan
Kg. Mampas

Comments

Popular posts from this blog

Panduan untuk bakal dan pesara tentera mendapat pekerjaan

Pertanian sumber makanan dan kekayaan

Tanah kepada pemain bola tetapi kepada veteran tentera tinggal janji