KHUTBAH

Abg. Wan terfikir juga semalam, PKP ni solat jumaat tidak boleh diadakan, cuma solat Zohor di rumah. Setahu Abg. Wan sebelum PKP khutbah dan solat Jumaat di buat secara live di TV dan radio. (kalau salah bagitau yer sebab Abg. Wan kat masjid waktu tersebut).

Point Abg. Wan ialah, mengapa khutbah jumaat  tidak disampaikan pada hari Jumaat tersebut secara live juga waktu PKP ini.

Khutbah Jumaat mengandungi banyak pengajaran dan nasihat berguna. Ibu-ibu masih boleh terus mendengar masa masak di dapur melalui radio.

Abang-abang dan pakcik yang melahu kat rumah boleh lah duduk depan TV dengar khutbah secara live. Selepas habis khutbah bolehlah buat solat Zohor berjemaah di rumah ngan keluarga.

Abg. Wan mohon maaf kalau dah ada khutbah ni di buat live masa PKP, sebab Abg. Wan dah lama tidak tengok TV. Abg. Wan suka membaca dari menonton.

Abg. Wan
Kg. Mampas Besar 

Comments

Popular posts from this blog

Panduan untuk bakal dan pesara tentera mendapat pekerjaan

Pertanian sumber makanan dan kekayaan

Tanah kepada pemain bola tetapi kepada veteran tentera tinggal janji