3 PERKARA

Abg Wan teringat satu hadis, 3 perkara amal yang tidak akan putus selepas mati.

1. Amal jariah
2. Anak yang soleh
3. Ilmu yang  memberi manfaat.

Sudah tiba masanya Abg Wan mencurahkan ilmu kepada anak muda di kampung halaman Abg Wan sendiri dan juga kepada semua orang yang memerlukan.

Abg. Wan terbaca satu artikel, tempat yang paling banyak tersimpan harta, bukan di bank atau di rumah orang terkaya di dunia tetapi di kubur.

Kubur? Ye kubur, kerana disitulah semua ilmu-ilmu terkumpul yang tidak dikongsi dengan orang ramai.

Jadi sebelum Abg Wan meninggal dunia, Abg Wan nak curahkan semua ilmu yang Abg. Wan dapat selama 40 tahun merantau.

Abg. Wan
Kg. Mampas 

Comments

Popular posts from this blog

Panduan untuk bakal dan pesara tentera mendapat pekerjaan

Pertanian sumber makanan dan kekayaan

Tanah kepada pemain bola tetapi kepada veteran tentera tinggal janji