Peminjam PTPTN tidak perlu bayar balik pinjaman

Peminjam PTPTN tidak perlu bayar balik pinjaman. Ya, memang betul apa yang anda baca, anda tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN.  Inilah sepatutnya diterapkan dalam fikiran pelajar sejak dari awal mereka menjejakkan kaki ke Menara Gading iaitu tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN yang mereka ambil. Mengapa pula boleh terjadi begini? walhal setiap pinjaman mestilah dibayar balik.  Mudah sahaja, ambil peluang dan kesempatan yang ditawarkan. Caranya ialah belajar bersungguh-sungguh untuk lulus cemerlang mendapat kelas pertama agar pinjaman tersebut dilupuskan.  Bukankah ini satu yang bijak, ianya bukanlah terhad kepada sesuatu bangsa sahaja tetapi terbuka kepada semua bangsa yang membuat pinjaman PTPTN.

Kalaulah semua pelajar Universiti berfikiran seperti ini, tidak lah kecoh sekarang ini liat untuk membayar balik pinjaman.  Peluang telah diberi sama rata, malah bangsa melayu lebih mendapat keistimewaan dari bangsa asing tetapi mengapa semasa di universiti tidak mahu tekadkan azam untuk berusaha sedaya-upaya mendapat keputusan cemerlang sekaligus tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN?

Kalau dari awal lagi sewaktu melangkah ke Universiti dengan diiringi harapan menggunung ibu bapa, kaum keluarga bersusah payah datang dari jauh menghantar anak kesayangan ke Universiti dengan harapan mendapat segulung ijazah, ditambah dengan kederat bapa tua memikul beg-beg besar memanjat tangga asrama demi anak tercinta, malangnya difikiran anak tersebut hanya ingin sekadar lulus dan boleh bergambar megah semasa hari konvokesyen.

Fikiran mereka samada dapat GPA 3.5, 4 flat atau 2 sama saja naik kepentas terima segulung scroll pakai jubah yang sama dan baling topi ke udara semuanya sama.  Walhal, masalah menanti mereka lebih besar lagi  kalau sekadar lulus dengan 2 pointer, peluang mendapat kerja agak suram berbanding graduan kelas pertama atau 3 pointer.  Kalau dapat kerja pun sudah berpuas hati dengan gaji yang kecil, mulalah liat hendak membayar balik PTPTN alasannya gaji tidak cukup.

Kepada adik-adik bakal graduan dan para graduan yang sedang belajar di tahun pertama masih ada masa lagi untuk anda berfikir seperti orang yang berjaya, belajar dan berusaha bersungguh-sungguh dengan tetapkan matlamat tidak mahu membayar balik pinjaman PTPTN dengan cara lulus kelas pertama.  Selamat belajar dan berusaha.


Comments

  1. PROGRAM PINJAMAN MUDAH
    Selama masa ekonomi yang tidak pasti ini, banyak orang mendapati diri mereka dihadapkan pada situasi di mana mereka dapat menggunakan bantuan keuangan. Apakah itu untuk keadaan darurat, perbaikan rumah, konsolidasi utang atau bahkan liburan keluarga - pinjaman pribadi berbunga rendah adalah cara yang aman dan dapat diandalkan untuk memenuhi kebutuhan keuangan Anda. Di Alta Finance LLC, kami berspesialisasi dalam program pendanaan Pinjaman yang andal dan efisien. Hubungi kami hari ini menggunakan email perusahaan kami: altafinancellcfunding@gmail.com atau melalui teks +1 702 805-0119

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Panduan untuk bakal dan pesara tentera mendapat pekerjaan

Pertanian sumber makanan dan kekayaan

Tanah kepada pemain bola tetapi kepada veteran tentera tinggal janji