Harga rumah akan turun kalau gaji tidak naik
Saya terpanggil untuk mengulas saranan Tun M sekiranya gaji naik barang akan turut naik. Atau dengan kata mudahnya jangan naik gaji nanti barang akan turun.
Saya amat menantikan saat ini betul-betul berlaku, berapa lama agaknya harus kita tunggu untuk meraikan harga rumah turun.
Hari ini 1 Dec 18, saya ke hari terbuka PR1MA di Ipoh. Sempat saya berbual dengan pegawai bank yang menguruskan pinjaman rumah PR1MA. Antara soalan saya ialah, berapa kelayakan pinjaman bagi gaji RM2000 untuk membolehkan membeli rumah PR1MA? Setelah membuat kiraan RM130 ribu katanya. Saya selak harga rumah PR1MA yang paling murah di Negeri Perak rumah teres 1 tingkat RM160 ribu keatas. Kemudian saya semak pula kelayakan untuk membeli rumah PR1MA. Gaji minima ialah RM2500.
Tun M, saya tahu Tun tidak suka dengan nama ada nombor 1. Tapi buat masa ini rumah yang ada nombor 1 inilah yang mampu dibeli, malangnya kelayakan gaji minima ialah RM2500, baru boleh mendaftar.
Berbalik semula dari persoalan asal dari saranan Tun M tadi agar gaji tidak dinaikkan, soalan saya, kepada menteri perumahan dan pegawai kerajaan berkaitan. Bila agaknya nak semak syarat kelayakan rumah PR1MA dan bila nak turun harga rumah?
Semoga Tun M panjang umur dan terus menjadi PM untuk kita sama-sama meraikan harga rumah turun. Insyaallah, saya yakin kerana rumah pertama saya iaitu teres 1 tingkat 4 bilik di Senawang berharga RM67 ribu sahaja yang dibeli pada tahun 1994, iaitu semasa Tun M menjadi PM ke 4.

Comments
Post a Comment