Musang King Raub
1. Heboh satu Malaya bersorak sakan bila pokok durian Musang King (MK) di Raub Pahang ditebang oleh agensi berkaitan dengan alasan ianya ditanam secara haram sejak lebih 10 tahun lalu.
2. Setelah 10 tahun baru diambil tindakan, secara puratanya pokok MK berbuah pada usia 5 tahun ini bermakna penanam haram telah mendapat laba yang berlipat kali ganda sejak 5 tahun yang lalu.
3. Soalnya bukanlah penanam haram yang mengamuk dan pemimpin mereka mempertahankan tindakan penanam haram ini.
4. Kita kena salute pemimpin mereka ini kerana mempertahankan kebajikan anak buah mereka walaupun mereka sebagai penanam haram. Itulah tugas seorang pemimpin, malangnya pemimpin ini bukan dari bangsa melayu.
5. Dimana pula pemimpin melayu? Pemimpin di Pahang samada pemimpin politik, Menteri Besar dan ketua agensi kerajaan selama 10 tahun lalu? Semua ini melayu.
6. Ini lah persoalan yang hendak di kupas, majoriti yang bersorak sampai terlondeh kain ialah orang melayu, mengapa? Kerana penanam haram ini adalah bukan melayu.
7. Fikir secara logik dan berdasarkan sains bukan ikut perasaan apatah lagi ikut nafsu perkauman.
8. Adakah dengan menebang pokok yang sedang berbuah dan subur itu satu tindakan yang bijak dan rasional?
9. Yang bersalah ialah penanam haram dan 'orang-orang' yang bersekongkol dengannya iaitu pegawai kerajaan yang tidak menjalankan tugas serta Menteri Besar serta pegawai-pegawai lain yang mendapat sedikit keuntungan secara rasuah untuk menutup mata, pekakkan telinga selama 10 tahun yang lalu.
10. Mengapa pokok durian yang tidak bersalah menjadi mangsa, pokok tersebut berada di tanah kerajaan justeru ianya adalah milik kerajaan. Segala hasil mahsyur sekarang dan akan datang adalah milik kerajaan.
11. Disamping itu kerajaan juga mesti mengambil semula laba yang telah dipungut selama 5 tahun yang lalu dalam bentuk cukai pendapatan. Disamping itu denda kerana menceroboh selama lebih 10 tahun yang lalu dikenakan.
12. Berbalik kepada bangsa melayu yang bersorak sakan hingga terlondeh kain, perbuatan ini tidak bijak dan menunjukkan kedengkian yang teramat sangat. Islam tidak mengajar umatnya bersifat demikian.
13. Bak kata Nabil Ahmad Raja Lawak 'Lu fikirlah sendiri'.
Comments
Post a Comment