Tanah kepada pemain bola tetapi kepada veteran tentera tinggal janji

Sewaktu di dalam kereta menuju ke tempat kerja pagi ini, saya terkejut bila mendengar berita di radio pemain bolasepak Perak mendapat imbuhan wang tunai dan lot tanah.  Betul ke apa yang saya dengar, sampai di pejabat saya baca Free Malaysia Today untuk kepastian.  Memang sah berita tersebut.  Tahniah kepada pemain Perak.

Bagaimana pula dengan veteran Tentera yang menetap, berkorban dan mengabdikan diri selama puluhan tahun di Negeri Perak ini?  Kami dijanjikan sekeping lot tanah sejak dari Mantan MB yang lalu.  Sehingga kini senyap tanpa berita.

Comments

Popular posts from this blog

Panduan untuk bakal dan pesara tentera mendapat pekerjaan

Pertanian sumber makanan dan kekayaan