"BONJOUR VALBONNE" Jom ke Perancis (Siri 2)
Bonjour Valbonne (Siri
2)
Pengembaraan Bermula
Pengembaraan saya kali ini
atas urusan kerja distinasi adalah di Sophia
Antipolis, penerbangan dengan Turkish Airlines selama 11 jam dan singgah di
Istanbul airport untuk transit. Oleh kerana transit saya agak lama iaitu 8 jam saya
diberi bilik hotel yang terletak di pinggir Istanbul. Hotel Renaissance memang selesa tetapi saya hanya ada beberapa jam
untuk rehat sebelum balik semula ke airport. Airport
Istanbul bukanlah sesuatu yang digemari oleh pengembara, pemeriksaan bagasi yang
panjang disusuli pemeriksaan paspot yang lama membuat anda rasa tidak
selesa satu peringatan sentiasa berada lebih awal dari waktu penerbangan anda
kerana anda tidak tahu masalah yang mungkin dihadapi di airport. Kebiasaannya pengembaraan saya dengan menaiki Emirates Airline dan transit di Dubai
selama lebih kurang 4 jam sebelum menuju Nice.
Satu perkara yang saya perhatikan semasa di
atas kapalterbang dari KLIA ke Istanbul yang tiada pada kapalterbang lain adalah terdapat chef yang menyediakan makanan selain pramugari dan
pramugara bertugas ini pertama kali saya bertemu dengan chef yang berpakaian
putih di atas kapalterbang. Makanan yang
dihidangkan juga agak menarik, malangnya saya ni selera kampung walaupun hidangan
agak memikat mata tetapi tidak memikat selera saya.
![]() |
| Hotel Les Armories, Valbonne |
![]() |
| Jalan menuju ke hotel |
Airport
Nice tidak lah besar dan tidak juga sibuk. Proses pemeriksaan paspot sangat
mudah. Perancis adalah negara EU yang tidak memerlukan visa bagi memasuki negara
tersebut dalam tempoh 6 bulan, perkataan pertama yang perlu anda ucapkan kepada
pegawai imigresen ialah Bonjour
setelah pemeriksaan paspot selama 30 saat. Jangan lupa ucapkan magic word ini Merci setelah habis berurusan dengan pegawai imigresen. Pengambilan bagasi juga mudah kerana airport
yang kecil anda tidak akan sukar mencari kawasan bagasi anda. 5 kali perjalanan
saya sebelum ini ke Nice adalah amat
mudah saya tidak pernah diperiksa di laluan kastam adakalanya tiada pegawai
kastam dipintu keluar, kali in saya telah diberi amaran rakan sejawat saya di
pejabat berbangsa Perancis keadaan mungkin berbeza selepas kejadian rempuhan
lori yang mengakibatkan puluhan terbunuh di kawasan pelancungan Nice. Kawasan ini akan saya ceritakan
kemudian kerana tempat ini amat terkenal dan saya sendiri sering
mengunjunginya.
![]() |
| Kedai menjual souvenier di Cannes |
Sangkaan saya meleset sama sekali saya tidak ditahan untuk pemeriksaan
kastam sama seperti sebelumnya, saya perhatikan hanya 2 orang pegawai kastam yang
bertugas tetapi ramai tentera yang lengkap bersenjata mengawal di airport nampak memang segak dan
mengerunkan. Saya memang amat
menghormati pegawai keselamatan beruniform kerana saya adalah mantan pegawai
Tentera Laut, teringat semasa di dalam perkhidmatan kalau saya berjalan di
kawasan luar pangkalan dengan beruniform perasaan sungguh berlainan sekali dirasai
satu tanggungjawab besar untuk menunjukkan kepada orang awam bahawa dibahu saya
terletak kepercayaan bahawa saya antara pasukan mengawal perairan negara dan
saya mesti menyakinkan kepada orang awam bahawa saya berjalan dengan langkah
segak dan penuh displin. Bukan lah saya berkawad di tengah jalan pula,
jalan seperti biasa tetapi penuh dengan kesegakan, sebenarnya hanya anggota
beruniform sahaja mengetahui perasaan ini.
Airport Nice
![]() |
| Pantai di Nice |
Selepas melalui Highway susur keluar ke perkampungan Valbonne melalui jalan berbukit dengan
pandangan kiri kanan jalan dipenuhi dengan hutan, terasa juga macam jalan balik
kampong di Kuala Pilah. Setiba saya di Hotel Les Armoiries Valbonne Village
saya agak terkejut kerana keadaan hotel yang tidak saya jangkakan. Bukan
setakat hotel jenis tradisional malah lokasi hotel juga betul betul ditengah
kawasan kampong Valbonne. Mungkin anda membayangkan kampong seperti di
Malaysia, jauh sama sekali telahan anda.
Kampung Valbonne semua rumah
diperbuat dari batu yang bersambung, nak kata macam rumah teres tidak juga
kerana kawasan perkampungan ini tidak ada kawasan meletak kereta.
![]() |
| Lorong di perkampungan Valbonne |
![]() |
| Valbonne |
Malang bagi saya
Samsung J7 tidak mempunyai kemudahan Kompas, saya telah ketahui perkara ini
lebih awal oleh itu saya telah bersedia membawa sama handphone lama saya
Samsung S3 yang mempunyai kemudahan kompas.
Disamping itu, aplikasi ini dapat menunjukkan restoran halal, masjid
terdekat, doa harian dan banyak lagi. Jangan lupa
download aplikasi Muslim Pro ianya percuma.
Sebelum anda dapat menggunakan peranti ini dan ber What Apps pastikan hotel penginapan anda mempunyai kemudahan Wi Fi percuma. Data
Roaming akan dikenakan cas RM38 sehari dengan Celcom. Pembekal
perkhidmatanTelco lain saya tidak
pasti kadar cas dikenakan.
![]() |
| Dinner dengan sahabat di Nice |
Perut sudah berbunyi dan minta diisi ini lah
pentingnya mee segera ahaa sekarang anda tahu bertapa pentingnya membawa
makanan segera, disebabkan perjalanan yang jauh badan terasa amat letih
ditambah dengan jet lag. Waktu di Perancis lewat 7 jam berbanding
Malaysia ini bermakna waktu tidur bagi warga Malaysia. Otak dan badan perlu di sesuaikan dengan jet lag dengan cepat untuk hari pertama
mungkin agak sukar oleh itu saya cadangkan bagi mengurangkan jet lag ini anda disarankan tidur
sepanjang perjalanan di atas kapalterbang.
Perjalanan saya sebelum ini dengan Emirates Airline selalunya akan
transit selama 4 jam di Dubai dan meneruskan penerbangan selama 7 jam lagi ke
Nice, kebiasaanya penerbangan dari Dubai
ke Nice saya akan tidur untuk atasi
masalah jet lag nanti. Disebabkan penerbangan dari Istanbul hanya
mengambil masa 3 setengah jam saya tidak boleh tidur, tambahan lagi kapalterbang
Airbus 777-300 yang kecil kerusi boleh laras hanya boleh diturunkan sekadar 45 darjah sahaja.
Selesai sahaja solat Isyak dalam jam 6.30
malam saya melabuhkan badan di atas katil terasa nyaman sekali dengan cuaca
yang dingin terus saja mata terlelap zzzzzzz.
Saya tersedar jam 1 pagi sudah
pasti anda tidak akan dapat meneruskan tidur lagi kerana fitrahnya jam 8 pagi di Malaysia
anda sudah berada ditempat kerja, begitu juga saya cuba melelap mata tetapi
masih terkebil-kebil tidak mahu lelap.
Apa lagi saya capai handphone
dan mula membaca What Apps dan Facebook untuk mengetahui keadaan semasa
di tanah air disamping mula menghantar mesej dengan kawan-kawan dan
keluarga. Bila anda mula melihat handphone lupakan untuk tidur semula, nasihat
saya jangan tengok handphone anda dan
cuba sedaya upaya untuk lelap kembali kerana esok anda ada perkara lain hendak
dilakukan. Mata terkebil-kebil jam sudah menunjukkan ke pukul 5 pagi dan waktu
ini lah mata mula mengantuk tetapi subuh sudah hendak masuk dalam jam 6.30 pagi,
kawan pejabat pernah memberitahu saya waktu terbangun tengah malam tu adalah
peringatan kita untuk solat tahajud.
Selepas
solat subuh saya bersiap untuk berjalan-jalan sekitar perkampungan Valbonne. Morning
walk kerap saya lakukan bila saya mengembara, saya boleh perhatikan gelagat
manusia dikawasan saya tinggal disamping menghirup udara segar di pagi
hari. Tidak ramai warga Valbonne di
jalanan mungkin masih awal lagi, hamya beberapa kedai makan dan serbaguna yang
sedia untuk dibuka. Hari pertama Morning Walk hanya disekitar kampung
sahaja.
Hotel Les Almoiries
![]() |
| Perkampungan Valbonne |
![]() |
| Masjid di Nice |
Balik
dari kerja walaupun baru jam 5 petang tetapi telah gelap, sesampai di hotel
saya diberitahu penjaga hotel bahawa
bayaran kad kredit saya tidak diterima dan saya kena membuat bayaran secara
tunai, bederau darah saya kerana saya hanya membawa Eur 600 wang tunai untuk
kegunaan perbelanjaan selama 7 hari, wang tersebut perlu saya gunakan untuk
urusan makan malam bersama dengan pelanggan saya nanti. Bayaran penuh hotel adalah Eur 466, saya
boleh gunakan wang tunai tersebut tetapi saya juga perlukan wang tunai untuk
tempoh hari akan datang dan bayaran tambang teksi bila nak balik nanti. Saya mohon untuk kebilik sebentar dan
memikirkan pelbagai kemungkinan, alhamdulilah dengan pengalaman dan latihan
kental yang saya alami di dalam tentera dulu tidak membuat saya
mengelabah. Persoalan pertama di dalam
fikiran saya mengapa Kad Kredit saya tidak diterima. Selalunya saya membawa 2 Kad Kredit apabila
keluar negera, tapi kali ini saya hanya bawa satu kad kredit yang had kredit
amat minima sekali.
![]() |
| Pantai di Cannes |
Satu lagi kad kredit
utama, saya berikan kepada isteri untuk beliau gunakan bagi mengisi minyak
kereta. Oleh kerana kad kredit yang saya
bawa mempunyai had kredit yang amat rendah saya yakin bahawa hadnya telah
melebihi had syiling itu lah sebabnya kad kredit tersebut tidak diterima. Dengan pantas saya membuka note book saya dan
melayari bank internet, saya membuat tranksaksi dengan menggunakan internet
banking untuk membayar hutang kad kredit saya.
Saya memang pengguna internet banking yang aktif jadi tiada masalah
untuk saya membuat sebarang tranksaksi menggunakan aplikasi ini. Setelah bayaran internet saya diterima saya
turun semula ke bawah untuk berjumpa dengan penjaga hotel bagi mencuba semula
kad kredit tersebut, wallaa kali ini kad kredit saya diterima. Saya tidak bagitau apa yang telah
saya buat sebelum ini. Standard kena jaga juga, saya katakan
kepadanya mesinnya ada masalah agaknya. Emmm sifat ini juga saya belajar masa
dalam tentera dulu hehehehe.












Comments
Post a Comment