Bolehkah UMNO memerintah semula?

Lupakan Unity Goverment, UMNO boleh bangkit dari kekalahan tetapi untuk membentuk kerajaan dalam tempoh 5 tahun ini ianya agak mustahil.  Untuk kembali berkuasa dalam tempoh 10 tahun adalah lebih realistik tapi bagaimana? 10 perkara ini mesti dilakukan UMNO.

1. Singkir pemimpin yang dibenci rakyat iaitu Najib serta pembodek tegarnya seperti Lokman Adam dan sewaktu denganya.
2. Singkir pemimpin korup yang masih memegang jawatan dalam parti yang mempunyai kekayaan luar biasa.
3. Singkir pemimpin yang kelihatan bodoh dan selalu membodohkan pengikutnya seperti B..g anda boleh teka.
4. Mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia di media utama dan mengaku kesilapan pemimpin terdahulu adalah kleptokrasi, perasuah dan penyangak.
5. Jauhkan diri anda dari parti penjual agama.
6. UMNO boleh sahaja perjuangkan hak bangsa melayu tetapi bukan secara mengaku sebagai tuan sebaliknya meningkat ekonomi dan pendidikan bangsa melayu agar dihormati semua bangsa di dunia.
7. Mendisplinkan ahlinya terutama cyber trooper mereka agar tidak menabur fitnah.
8. Terima kenyataan UMNO bukan lagi parti yang memerintah dan bukan parti majoriti.
9. Lantik pemimpin muda yang berwawasan untuk menerajui parti.
10. Berhenti menyalahkan parti DAP jangan terikut rentak parti penunggang agama.

Insyaallah, UMNO boleh kembali berkuasa pada PRU ke 16 nanti.

Comments

  1. Macam mana parti UMNO nak bangkit kalau parti itu telah terkubor atau dikuborkan...Siapa barisan pemimpin UMNO yang ada kredibiliti dan pengaruh...Boleh ke UMNO kalau masih hidup, dapat balik ke pangkal jalan ,wal hal keadaan dan landskap politik sekarang menunjukkan UMNO tak relevan lagi utk rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan ugama...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Panduan untuk bakal dan pesara tentera mendapat pekerjaan

Pertanian sumber makanan dan kekayaan

Tanah kepada pemain bola tetapi kepada veteran tentera tinggal janji