"BONJOUR" Jom ke Perancis (Siri 1)


 BONJOUR VALBONNE 

             Pengalaman perjalanan dari pekan Dengkil ke Perkampungan Valbonne di Perancis menjadi ilham untuk saya menulis.  Sudah lama keinginan menulis buat tatapan bakal pengembara yang bercadang ke luar negara terutama ke Negara Perancis.  Hanya dua perkataan Perancis yang saya tahu sepanjang pengembaraan saya ke Negara Perancis ini.  Bonjour dan Merci masing-masing bermaksud ucapan selamat dan terima kasih.  Walaupun sudah enam kali perjalanan saya ke negara ini amat sukar untuk mengingati bahasa yang penuh dengan idhamnya ini.  Alhamdulilah saya survive sepanjang pengembaraan ini.  Bukan tidak mahu belajar bahasa Perancis walaupun ramai warga Perancis di pejabat saya bekerja di Cyberjaya tapi mungkin rasa agak susah dan tak mahu serabutkan kepala. Berlainan sekali semasa saya mengembara ke Italy dahulu, saya ambil tahu dan ingin belajar bahasa Italy dan masih ingat bahasa tersebut hingga sekarang walaupun lebih 15 tahun tidak bercakap. Bonjorno dan grazie menjadi ungkapan kebiasaan kalau ke Italy. 
         Saya katakan perjalanan saya ke Perancis sebagai satu pengembaraan kerana cabaran, kenangan dan pengalaman saya tempuhi walhal pemergiaan saya adalah kerana tuntutan kerja.  Banyak bandar utama telah saya lawati sudah tentu Toulon menjadi bandar yang paling kerap dilawati.  Selain daerah Sophia berhampiran bandar Nice . Marseille dan Paris juga telah saya lawati, mengambil kesempatan semasa menjalankan tugas-tugas di bumi Perancis ini.

Perkampungan Valbonne di waktu pagi


Dari Dengkil ke Nice
Coretan pertama ini dari beberapa siri yang saya akan nukilkan hanya berkisar pengembaraan dari Dengkil ke Nice, Valbonne, dan Cannes agar dapat berkongsi dengan bakal pengembara yang bercadang untuk mengembara seorang diri mahupun secara berteman.  Penerbangan dengan Turkish Airlines dari KLIA waktu tengah malam adalah pertama kali, selama ini penerbangan samada dengan Emirates Airlines ataupun dengan Malaysian Airlines.  Kepada pengembara baru nasihat saya sebelum berlepas beberapa perkara perlu diambil perhatian, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah Paspot. Anda boleh tinggalkan kad pengenalan dirumah kerana ianya tidak diperlukan sepanjang anda di luar negara.  Sentiasa tentukan pasport anda di dalam keadaan selamat dan anda ingat dimana anda simpan di dalam beg sandang/tangan anda, sediakan satu poket di dalam beg tangan anda tempat untuk menyimpan pasport ini.  
Perkampungan Valbonne di musim sejuk
Pastikan anda telah menukar matawang yang secukupnya negara yang hendak dilawati.  Satu tip menukar wang dari ringgit ke Euro atau wang asing yang lain ialah jangan tukar di Airport, bank atau di gedung beli belah utama. Untuk mendapat tukaran wang asing dengan nilai lebih tinggi adalah lebih baik menukarnya dikawasan pekan kecil atau dikedai biasa. Kebiasaannya kadar tukaran di sini adalah lebih tinggi berbanding di bank.   Buat perbandingan tukaran wang dikedai-kedai yang lain sebelum membuat pertukaran.  Satu tempat yang sering memberi tukaran yang tinggi adalah di Sitiawan Perak selalunya warga Manjung akan kesini untuk tukaran wang, tapi anda yang tinggal di kawasan lain jangan lah ke Manjung pula hanya sekadar hendak menukar wang.


 Persediaan Sebelum Berlepas
Dihadapan perkampungan Valbonne
Perkara pertama yang anda perlu beri perhatian ialah pakaian.  Pakaian yang hendak dibawa mestilah bersesuaian dengan tujuan anda ke luar negara dan iklim semasa. Anda boleh periksa suhu negara yang dilawati di laman goggle hanya taip weather dinegara anda hendak lawati. Dengan mengetahui cuaca negara untuk dilawati anda akan lebih bersedia membawa pakaian yang sesuai dengan suhu di sana kelak dan anda tidak membawa pakaian yang berlebihan dan berat.  Selalunya pengembaraan saya diikuti dengan urusan tugas rasmi oleh itu kot dan kemeja adalah kemestian, memandangkan bulan December adalah musim sejuk di Valbonne suhu sekitar 2 darjah ke 10 darjah celsius setiap hari memerlukan saya membawa baju sejuk.  Saya hanya membawa baju sejuk yang ringan tetapi berkesan iaitu jaket nylon disamping kalis angin ianya juga kalis air.  Nasihat saya kepada pengembara muda tidak perlu membawa baju tebal yang banyak, cukup sekadar satu helai jaket dan baju sejuk sekadarnya jika musim sejuk dan bergantung juga jumlah hari anda mengembara.  Bagi orang lelaki sehelai baju boleh digunakan selama 3 kali berselang seli, sehelai seluar jeans boleh digunakan selama 5 hari, anda cuma perlu bawa seluar dalam bersesuaian dengan jumlah hari anda diluar negara.  Pastikan berat beg pakaian anda tidak melebihi jumlah had yang dibenarkan oleh syarikat kapalterbang yang anda naiki sudah tentu anda tidak mahu cas tambahan dikenakan di airport kelak ianya akan menjejaskan baget anda.   
Jalan ke Valbonne

Timbang beg pakaian anda dirumah sebelum ke airport kerana ini akan menyelamatkan wang anda kelak. Saranan saya hanya sepasang kasut pelbagai guna dibawa samada dipakai semasa tugas rasmi mahupun selesa untuk anda berjalan- jalan nanti. Berjalan? ahaaa!!! anda ke luar negara sudah tentu untuk berjalan kan, oleh itu bersedia dengan kasut yang selesa yang boleh digunakan dalam 2 keadaan ini.  Kalau anda seorang ahli sukan dan ingin berjogging sudah tentu anda kena bawa kasut sukan sekali kerana kasut kerja tidak sesuai untuk berjogging.  Saya tekankan pentingnya kasut yang selesa kerana ianya akan membuat pengembaraan anda di luar negara menjadi mimpi ngeri atau sesuatu yang amat bermakna.  Masa anda akan banyak dihabiskan dengan berjalan kaki untuk melawat semua tempat yang menarik.  Justeru, kasut yang selesa dan sesuai adalah amat penting.

Salah satu kubu peringatan di Valbonne
Apa yang perlu ada dalam beg pakaian anda? Selain baju dan seluar yang sesuai serta peralatan harian, anda perlu membawa makanan segera, ya makanan segera ada sebabnya saya sarankan kepada anda membawa makanan segera jika hendak ke Perancis.  Jika anda ke Australia atau ke England anda tidak perlu makanan segera kerana 2 negara ini makanan asia mudah didapati dan harga berpatutan. Di Perancis makanan halal dan mengikut selera anda agak sukar dicari, pengalaman semasa pertama kali ke Toulon Perancis mengajar saya untuk bawa bekalan makanan dari Malaysia, ada baiknya yang pertama kita boleh berjimat dan kedua kita tidak kebulur nanti.  Saya memang kerenah dalam memilih makanan. Ialah selera melayulah katakan, tekak tidak boleh terima langsung makanan selain masakan melayu.

Tidak malu saya katakan saya membawa periuk nasi dengan beras, dan makanan dalam pek seperti nasi goreng segera, sambal, kari, santan, serunding dan banyak lagi yang boleh dibeli di kedai atau pasaraya di Malaysia.  Jangan terkejut macam mana saya memasak menggunakan satu periuk nasi sahaja Walaaa!! pengalaman masa belajar di Australia semasa zaman muda dahulu amat berguna, dengan hanya satu periuk nasi makanan anda seperti di rumah sudah tersedia.  Saya boleh berjimat dengan membawa makanan sendiri.  Ingat, pengembaraan kita bukan untuk jamu makanan yang sedap lagi mahal dan sudah tentu tidak mengikut selera anda mengapa perlu membazir wang dengan makanan yang tidak mengikut selera anda. Jadi diri anda sendiri, tidak perlu ikut kawan dan pekak kan telinga kalau ada yang memerli anda, saya yakin mereka akan datang jumpa anda untuk mengecek makanan yang anda bawa, percayalah.  Masa itu sepinggan nasi dengan lauk segera amat bernilai. Teknik  menggunakan satu periuk untuk memasak amat mudah, masak lauk dahulu kemudian asingkan dalam pinggan. Kalau nak mengoreng telur anda cuma perlu ambil butter yang diberi masa dlm kapalterbang atau masa anda sarapan pagi di hotel. Last sekali baru masak nasi. Emm memang sedap dari semua makanan yang ada di Perancis yum yum.  
Lorong-lorong di perkampungan Valbonne
 Oooo berhati hati semasa memasak dibilik hotel kerana bilik anda dilengkapi penggera asap anda tidak mahu satu hotel dikosongkan gara-gara penggera kebakaran berbunyi pastikan asap keluar melalui tingkap terbuka pandailah anda macam mana nak hilangkan asap ini.  Di Perancis sekali makan tengahari jamuan kebab berharga paling kurang Euro 5 bersamaan RM23 dan anda perlu makan 2 kali sehari sudah tentu koyak poket itu tidak termasuk air.  Satu petua, bawa minuman air dari hotel kemana anda pergi dan jangan nak mengada-ngada minum kopi, expresso atau capucino yang mana di Malaysia pun anda tidak pernah minum. Anda tidak perlu semua ini kecuali ianya percuma. Saya memang cukup displin pasal makan walaupun di tempat saya bertugas samada di Malaysia atau Perancis saya tidak mengambil kopi. Di Perancis kopi atau expresso adalah kemestiaan dan sentiasa ada semasa mesyuarat, air kosong tetap jadi pilihan saya. Selalunya saya akan bawa balik sebotol selepas bertugas selain diminum masa berjalan nanti air botol amat diperlulan masa kita ke tandas. Hahaha tak perlu saya jelaskan air botol ni semasa ke tandas.
Dari Valbonne hanya 40 minit ke Cannes dan 40 minit juga ke Nice
Anda boleh membawa pisau lipat dalam beg pakaian tapi bukan dibawa di dalam beg tangan dalam kapalterbang, banyak gunanya pisau lipat ni nanti, jangan lupa perkakasan bilik air anda kerana anda tidak mahu beli yang baru di negara orang nanti. Ok anda sudah bersedia untuk berangkat. Ooh ya beg tangan yang boleh dibawa di atas kapalterbang saranan saya bawa sehelai T shirt dalam beg tersebut untuk kecemasan. Anda tidak jangka beg anda mungkin tidak sampai bersama anda di airport tempat anda tuju. Pengalaman semasa pertama kali tiba di Italy dahulu. Beg pakaian saya tidak sampai selama 2 hari, beg saya sudah berjalan jauh berbanding tuannya. 
Pantai Cannes
Beg sandang belakang adalah terbaik dibawa di atas kapalterbang sudah tentu beg utama pakaian anda mempunyai roda untuk ditarik bila sampai tempat dituju.  Justeru, anda tidak mahu menarik dua beg bukan!, pastikan beg sandang ini mempunyai poket yang mudah dibuka untuk menyimpan paspot anda dan lain lain dokumen. Paspot anda adalah dokumen amat penting semasa anda di perantauan, jangan simpan dalam kocek yang mana ianya mudah tercicir dan dicuri, anda sudah tentu tidak mahu pengembaraan terganggu nanti.  Simpan duit Euro anda dalam beg sandang tersebut dan bawa sedikit dalam kocek depan seluar jangan lupa kad kredit yang mencukupi pastikan cukup kredit dalam kad anda itu. Saya akan ceritakan pengalaman kad kredit ini nanti.

Kapalterbang Business Class Selesa dan nyaman
Jangan bawa barang yang dilarang dalam beg sandang anda tapi ambil kesempatan bawa seberapa banyak yang boleh dalam beg ini jika beg pakaian anda sudah melebihi had. Dari pengalaman dan pemerhatian saya ramai yang bawa beg tangan ini ke dalam kapalterbang melebihi had yang dibenarkan.  Semoga nasib anda sebaik saya, belum pernah lagi saya ditahan membawa beg tangan berlebihan di dalam kapal terbang.  Jikalau anda mengembara dengan perbelanjaan sendiri saya tidak nampak anda travel dengan business class kecuali anda ada tugas dan ditanggung syarikat anda atau pun anda seorang business man berjaya. Saya juga berpengalaman terbang jauh dengan kelas ekonomi dan tahu perbezaan besarnya. Jika anda yang sentiasa buang air memang menjadi masalah besar kalau duduk di bahagian tingkap,  berdoa lah agar kerusi anda di bahagian luar. Anda boleh pilih terlebih dahulu kerusi yang anda mahu mungkin wang tambahan diperlukan mengikut Airline yang anda pilih. Biasakan diri anda untuk tidur duduk, sedikit saja sandar kerusi anda boleh diturunkan ke belakang itu pun kalau anda bernasib baik orang dibelakang anda bukan tinggi dan berbadan besar.


 


Comments