Gaji minima RM3000 bagi pemegang ijazah pertama
Kerajaan sepatutnya menetapkan semua majikan membayar gaji minima RM3000 sebulan bagi pemegang ijazah pertama.
Manakala jurusan yang lebih kritikal seperti kejuruteraan, doktor, undang-undang, teknologi, kewangan dan pengkomputeraan kadar minimanya mesti melebihi dari RM3500 sebulan dan ianya diberikan untuk graduan baru lepasan universiti.
Ramai yang mungkin tidak setuju dengan kadar ini terutama majikan- majikan yang baru di dalam sesuatu perniagaan. Majikan boleh memilih untuk mengajikan pekerja mereka bukan dari lepasan ijazah seperti lepasan diploma yang kadarnya lebih rendah dari lepasan ijazah. Manakala lepasan diploma ditetapkan mendapat gaji minima RM2500 sebulan.
Majikan perlu sedar seseorang pekerja sebelum bergelar graduan ijazah mahupun diploma perlu mengikuti perbelajaran yang amat panjang dan menyesakan sejak dari tahun satu sekolah rendah hingga bergelar graduan.
16 tahun diperlukan untuk mendapat ijazah sekiranya pekerja tersebut seorang yang cemerlang dan sekurang-kurangnya 14 tahun untuk mendapat diploma.
Perbelanjaan memasuki universiti dan kos lain semasa belajar perlu diambil kira. Bagi yang belajar di universiti swasta tempatan untuk mendapat sekeping ijazah dalam jurusan kritikal memerlukan tidak kurang RM60,000 ke RM300,000 itu baru yuran belajar belum mengambil kira perbelanjaan tempat tinggal dan makanan.
Justeru itu, mengambil kira semua aspek di atas dan keperluan hidup yang tinggi sudah tiba masanya kerajaan menetapkan gaji minima RM3000 sebulan bagi pemegang ijazah dan RM2500 sebulan bagi diploma.
Setuju gaji perlu di naikkan...At the sametime bagus kalau kita buat kajian the spending habit and pattern of new graduates...How much is enough to spend with some saving...Takut beri berapa byk pun tak cukup...
ReplyDelete