Panduan perniagaan kepada bakal pesara tentera (2)
Cuti hujung minggu bersambung dengan cuti hari Isnin sempena Maulidur Rasul saya bertemu kawan lama semasa di AFATS sejak 37 tahun yang lalu. Kami tinggal setaman cumanya saya jarang balik ke Manjung kerana bekerja d Cyberjaya.
Selalunya kalau bertemu hanya di masjid tanpa dapat berbual panjang. Dia seorang ahli perniagaan yang berjaya, salah seorang dari sahabat saya yang berjaya dalam perniagaan.
Pagi Isnin saya agak terkejut bila mendapat panggilan talipon dari sahabat lama ini mengajak saya ke Batu Gajah. Oleh kerana saya bercuti dan tiada plan untuk kemana-mana saya setuju untuk menemaninya.
![]() |
| Villa C Kin di Teluk Senangin |
Walaupun kami kerap bertemu di masjid bila saya balik ke Manjung, tidak pernah pula dia mengajak saya untuk menemani bagi urusan perniagaanya. Ini adalah satu peluang untuk saya jadikan bahan tulisan saya di dalam blog.
Peluang mendengar kejayaan dalam perniagaan diceburinya sejak tamat 12 tahun perkhidmatan TLDM adalah sesuatu yang saya tunggu.
Dengan menaiki kereta 4WD Ford Ranger dia menjemput saya dirumah. Sebelum menuju ke Villa Inn di Teluk Senangin dia membawa saya melihat rumah teres 2 tingkat yang bakal dibeli oleh anaknya di Segari, itu adalah rumah kedua untuk anak sulungnya yang sabaya dengan anak kedua saya.
![]() |
| Tetamu bergambar di hadapan Villa C Kin |
Saya tidak hairan anaknya baru berusia 26 tahun sudah mampu membeli 2 buah rumah. Anaknya menjadi pengarah di syarikatnya, menantunya juga bekerja di syarikat yang sama sebagai staf kewangan. Dalam hati kecil saya berkata, dia sudah mula menurunkan ilmu perniagaan kepada anak sulungnya dan bersedia mengambil alih perniagaan bila tiba masanya kelak.
Selepas itu kami ke Villa Inn C Kin di Teluk Senangin milik sahabat saya ini, saya kagum kerana Villa Inn 13 bilik itu lengkap dengan kolam renang, dewan sidang, pantry dan ruang makan di atas lot 70 ka x 80 ka. Saya tahu dia mempunyai pandangan jauh kehadapan. Villa Inn tersebut boleh dilayari di Link sini:
Sahabat saya ini telah berjaya dalam perniagaan selepas berhenti dari Tentera. Saya tidak hairan dengan kejayaannya, sejak mengenali dia 37 tahun yang lalu sebagai Perantis Putera di AFATS. Pada usia 16 tahun dia sudah mula berjinak dalam perniagaan. Masih saya ingat dia mengambil gambar dan menjualnya kepada kawan-kawan yang lain, tidak habis di situ sebaik kami ditukarkan ke Lumut sebagai Perantis Kimpu TLDM dia sudah mempelbagaikan perniagaanya dari menjual maggi, sabun basuh, makanan bungkus, nasi lemak, air bungkus, kuih mueh dan macam-macam lagi tatkala saya dan rakan-rakan yang lain sedang menghabiskan duit dengan merempit dan menghabiskan masa di kedai-kedai makan di Lumut pada waktu itu.
Di waktu itu dia juga sudah mempunyai sebuah gerai di pekan Lumut menjual surat khabar dan jajan kepada pelancong yang ramai pada hari minggu. Pendapatannya dari jualan kedai tersebut mencecah belasan ribù ringgit sebulan tatkala kami hanya mengharapkan gaji RM500 sebulan dalam tahun 80an.
![]() |
| Kolam Renang Keluarga di Villa C Kin |
Dia sudah memulakan perniagaan selama 12 tahun semasa dalam perkhidmatan lagi sebagai part time. Setelah tamat perkhidmatan dengan wang gratuity tidak sampai 50 ribu dan wang simpanannya sendiri dia membina rumah untuk disewakan, sehingga kini dia mempunyai 17 buah rumah sewa sekitar Kelang dan Shah Alam dan berpuluh ekar tanah termasuk ladang sawit, kebun buah dan tanah lot.
"Aku tidak berpencen sahabat, bila berhenti dari tentera aku bina 4 buah rumah untuk disewakan, duit sewa itulah menjadi duit pencen aku" itulah kata-katanya bila kami bercerita mengenai ramai kawan-kawan semasa di AFATS yang telah berpencen dan juga berhenti awal.
Mengapa saya ceritakan kejayaan sahabat saya ini, ianya bertujuan bagi berkongsi pengetahuan kepada bakal pesara dan kepada adik-adik yang baru memasuki tentera sekiranya bercita-cita ingin berniaga selepas bersara dalam tentera, mulakan secara kecil-kecilan sebagai part time semasa anda dalam tentera.
Jadikan budaya berniaga itu dalam keluarga anda. Sepatah kata dari dia elok dijadikan pedoman.
"Aku sudah sediakan asas perniagaan untuk anak-anak aku teruskan dan mengambil alih perniagaan bila aku sudah fikir untuk berehat nanti. Tetapi dengan memakan gaji ianya tidak akan dapat mewariskan pangkat yang disandang walaupun sebagai CEO di syarikat kita bekerja kepada anak-anak kita".
Kata-katanya amat bermakna, walaupun pada usia 54 tahun ini agak terlambat untuk mulakan perniagaan, satu pesan dari sahabat ini "Mulakan perniagaan untuk anak-anak dan jadikan perniagaan itu sebagai tradisi di dalam keluarga, ianya masih belum terlambat"
Dikala kebanyakan orang memandang "sampah" sesuatu yang tidak berguna, lain pula bagi dia kerana dia melihatnya sebagai punca duit. itulah bezanya orang yang berjaya dalam perniagaan dengan kita yang hanya makan gaji.
Sewaktu perjalanan ke Batu Gajah untuk mengambil bahan pencuci kolam renang Villanya, dia bercerita mengenai dirinya, banyak pelajaran yang saya dapat dari pengalaman dia setelah berhenti dari tentera dan menumpukan sepenuhnya dalam perniagaan.
Kini dia sudah mampu mengajikan seramai lebih 200 pekerja seluruh Malaysia dengan gaji bulanan yang mesti disediakan tidak kurang dari RM500 ribu ya....saya ulangi lebih RM500 ribu sebulan. bermacam-macam jenis perniagaan dilakukan, dari mengutip sampah, jual besi buruk, kertas, plastik terpakai, pembersihan dan botol sehinggalah dalam bidang memerlukan kepakaran tinggi seperti kejuruteraan mekanikal, elektrikal, kimia, hartanah, perkapalan dan banyak lagi. Tidak hairanlah dia mempunyai pekerja seramai itu.
![]() | |
| Penulis bersama Hj.CKin semasa melakukan rondaan aktiviti sukarela | di Taman Desa Bayu |
Satu perkara yang perlu kita ingat sebagai orang islam, sahabat saya kenali ini sejak 37 tahun dahulu adalah seorang yang menjaga solatnya, warak, amanah dan tidak lokek dalam belanjakan hartanya untuk kebaikan terutama di dalam hal keagamaan.
Dia seorang yang amat sederhana, tidak menunjuk akan kekayaannya. Menjalani kehidupannya secara sederhana tetapi membayar balik kejayaan dicapai untuk dirinya dan keluarga dengan kerap melancung keluar negara dan mengerjakan umrah bersama keluarga.
Tuan Hj. Syikin@CKin bukanlah satu nama asing di daerah Manjung, pengalaman selama 5 jam bersama beliau di dalam kereta, yang tidak lokek ilmu perniagaan dikongsikan untuk menjadi bahan tulisan dan ceramah saya kepada bakal pesara tentera yang bercita-cita membuka perniagaan apabila bersara dari perkhidmatan tentera nanti.
Di lain coretan akan saya kongsikan bagaimana perniagaan yang boleh bertahan lama seperti diceritakan Tuan Hj. CKin kepada saya.
12 Rabiulawal 1440
Bersamaan 20 Nov 18
Sri Manjung, Perak




PROMO! PROMO! PROMO !!!
ReplyDeleteApakah Anda tertarik dengan pinjaman? Di RIKA ANDERSON LOAN COMPANY, kami menawarkan semua jenis bantuan keuangan kepada semua individu "pinjaman pribadi, pinjaman investasi, pinjaman rumah dan perusahaan pinjaman di seluruh dunia, suku bunga kami adalah 2% per tahun. Kami juga memberikan saran dan bantuan keuangan kepada kami klien dan pelamar Jika Anda memiliki proyek yang baik atau ingin memulai bisnis dan membutuhkan pinjaman untuk segera membiayainya, kami dapat mendiskusikannya, menandatangani kontrak, dan kemudian mendanai proyek atau bisnis Anda untuk Anda bersama dengan Bank Dunia dan Industri Bank.
Kategori Bisnis
Bisnis Merchandising.
Bisnis manufaktur
Bisnis Hibrid.
Kepemilikan tunggal
Kemitraan.
Perusahaan.
Perseroan terbatas.
pinjaman pribadi.
pinjaman investasi.
Pinjaman Pinjaman.
Kredit kepemilikan rumah.
PERUSAHAAN PINJAMAN
Website: rikaandersonloancompany.webs.com
Email: rikaandersonloancompany@gmail.com
CEO Tel.: +1(914)705-7484
Whatsapp: +19147057484
Manajer Cabang: + 1-267-725-6459
Manajer Cabang Whatsapp: + 12677256459
Kantor Pusat: 228 Park Ave S, New York, NY 10003-1502, AS
Pajak / CAC /: 1095/0730/2028
Mahkamah Agung Kabupaten New York, NY9016 34001